
Laporan/foto: Rose Rasidi/SWCorp Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Aktiviti berlari sambil mengutip sampah atau ‘plogging’ adalah penting bagi menjaga imej daerah Cameron Highlands sebagai pusat peranginan terkemuka di negara ini.
Pengurus Cawangan SWCorp Cameron Highlands Tengku Fareeq Tengku Abdul Malik berkata objektif ‘plogging’ adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan di daerah ini, lebih-lebih lagi apabila pusat peranginan ini sering menjadi tumpuan penganjur pertandingan.
“Penganjuran pertandingan di sini sekaligus dapat mempromosikan Cameron Highlands sebagai pusat pelancongan, oleh itu aspek kebersihan perlu dititikberatkan bagi menjaga imej dan mengekalkan keindahan kawasan di sini,” katanya selepas aktiviti ‘plogging’ anjuran Bolt Event dengan kerjasama SWCorp, Majlis Daerah Cameron Highlands, Alam Flora dan Puspanita di sini baru-baru ini.
Setiausaha PUSPANITA Cameron Highlands Sharifah Nor Azian pula berkata pihaknya amat berbesar hati menyumbang tenaga dalam aktiviti ini tambahan pula ada penganjuran acara bertaraf antarabangsa.
-ZS-