Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

PL Santuni Mangsa Angin Kencang

By 16 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Perbadanan Labuan (PL) menyantuni warga Labuan yang terjejas dengan kejadian angin kencang baru-baru ini.

Menurut Pengerusinya, Senator Datuk Bashir Alias seramai 21 keluarga menerima sumbangan wang ehsan bencana membabitkan peruntukkan kewangan berjumlah RM21,000.

“Sumbangan itu diagihkan secara berperingkat kepada keluarga yang terlibat susulan rumah kediaman mereka mengalami kerosakan akibat bencana itu,” katanya semasa menyampaikan bantuan itu kepada beberapa penerima di sini semalam.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa kerajaan akan terus memberi perhatian sewajarnya kepada rakyat Labuan yang terjejas dengan sebarang kejadian bencana.

-ZS-

Tinggalkan komen anda