Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bantuan Kasih Bangsa Johor Ceriakan Nelayan

By 7 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 6 Julai (Malaysiaaktif) – Seramai 443 nelayan melibatkan 18 pangkalan di Zon Pantai Barat Johor Bahru amat menghargai bantuan sebanyak RM132,900 daripada kerajaan negeri Johor menerusi inisiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) yang diumumkan Menteri Besar pada April lalu.

Seorang nelayan dari Kampung Sungai Melayu, Zainudin Harun, 58, berkata pendapatan dari penangkapan ikan tidak banyak seperti dahulu disebabkan populasi ikan yang berkurangan dan harga jualan yang tidak menentu.

“Dengan adanya Bantuan Kasih Bangsa Johor ini dapat membantu golongan nelayan seperti saya menyara tanggungan keluarga ketika ini. Saya sangat berterima kasih,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan di Dewan Raya Kampung Sungai Melayu, di sini, semalam.

Terdahulu, Pengarah Perikanan Negeri Johor, Zainudin Abdul Wahab hadir menyampaikan replika cek bantuan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda