Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin/Mohd Hafizi Hasni (Machang)
MACHANG, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Kempen membasmi tikus terus dipergiatkan terutama di kawasan berisiko seperti pasar, kedai kopi dan restoran.
Yang Dipertua Majlis Daerah Machang Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain berkata demikian ketika merasmikan kempen membasmi tikus peringkat daerah Machang, di sini semalam.
“Kami berharap kerjasama dengan semua pemilik premis perniagaan bagi menjaga aspek kebersihan akan membantu menjayakan kempen ini”, ujarnya.
Tambah beliau, objektif kempen adalah untuk mengelak premis perniagaan menjadi sarang pembiakan tikus dan penyakit bawaan haiwan ini.
Hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Machang Ahmad Hakim Harun dan Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Bandar Machang Rahimbullah Abd. Manan.
-ZS-