Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Belia Jasin Kekal Aktif

By 25 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Azreen Ahmad (Jasin)

MERLIMAU, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jasin yang dihadiri pelbagai golongan masyarakat telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Perkarangan Night Market, di sini kelmarin.

Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jasin Khuzaimah Abdullah berkata objektif program ini bertujuan mendedahkan belia yang tidak berpersatuan bersama-sama berkumpul dan bergiat aktif dalam segala aktiviti belia yang diadakan.

“Selain itu program ini juga meraikan para belia sempena sambutan Hari Belia Negara tahun ini yang bertemakan ‘Ini Masa Kita’ dan berharap kerjasama antara pertubuhan belia dan pemimpin masyarakat sentiasa erat serta menjadi kekuatan bersama.

ā€œPelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya ā€˜mobile legends’, ā€˜game of skate’, pertunjukkan kenderaan, pertandingan menyanyi, pertandinganĀ  mewarna kanak-kanak dan juga pameran daripada agensi kerajaan dan swasta,” ujarnya.

Turut hadir Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka Dr Muhammad Akmal Saleh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda