
Laporan/foto: Anuar Che Amat
PADANG BESAR, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Sejumlah 148 mangsa ribut di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini kelmarin menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Padang Besar Dato Zahid Zainal Abidin di Pusat Khidmat Dun Mata Ayer.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata sebanyak RM50,000 diperuntukkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Padang Besar bagi mangsa ribut yang berada di DUN Chuping, Mata Ayer, Santan, Titi Tinggi dan Beseri.
“Kita di Pusat Khidmat Parlimen Padang Besar akan cuba membantu mangsa membaiki rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut tersebut, terutama di kawasan Chuping dan Mata Ayer,” ujarnya.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah yang dilanda ribut di kawasan tersebut.
-ZS-