
Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Fit de Johol 2.0 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 500 orang peserta di padang Sekolah Kebangsaan Nuri, Air Mawang, di sini kelmarin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fit de Johol 2.0 Norhayati Abdullah sebanyak dua acara utama dipertandingkan iaitu pertandingan bola jaring dengan penyertaan 14 pasukan manakala tarik tali sebanyak 12 pasukan.
“Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan warga Johol, malah turut mengeratkan lagi kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan komuniti Jawatan Kuasa Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (JKPKP) dan penduduk setempat,” ujarnya ketika ditemui.
Program yang turut mendapat sokongan Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol turut dimeriahkan dengan pameran dari Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah dan Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) serta pertandingan mewarna Keluarga Malaysia, senam robik, cabutan bertuah dan jualan makanan.
-ZS-