
Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain
GEORGE TOWN, 9 Jul (Malaysiaaktif) – Pulau Pinang meraikan ulangtahun Hari Warisan Dunia George Town ke -14. Bersempena sambutan ini, persembahan kebudayaan, persembahan kesenian, pameran dan bengkel interaktif telah diadakan sepanjang tiga hari bermula 2, 3 dan 7 Julai, di sini baru-baru ini.
Tapak Warisan Dunia George Town yang mempunyai bangunan bersejarah abad ke-19 dan arca seni bina, warisan budaya pelbagai etnik, pengaruh kolonial dan landskap telah memberi nilai keunggulan sejagat kepada George Town untuk disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008.
Seorang pelancong yang mahu dikenali sebagai Hamzah, 35, berkata anugerah status Tapak Warisan Dunia George Town memberi penghormatan kepada Pulau Pinang dan kesemua tapak warisan di George Town wajar dipeliharakan bukan sahaja sebagai tarikan pelancongan tetapi juga untuk generasi hadapan untuk lebih memahami sejarah dan keunikan negeri Pulau Pinang.
-ZS-