
Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
KAMPUNG GAJAH, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Beberapa buah rumah terpilih dan sebuah surau dibaik pulih dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak, di Pasir Salak di sini.
Pengarah Kolej Komuniti Manjung Hishamudin Musa berkata kerja-kerja baik pulih termasuklah menyelenggara, mengecat dan menggantikan pendawai serta peralatan elektrik.
“Penglibatan para pelajar Kolej Komuniti termasuk dari Manjung, Pasir Salak, Teluk Intan dan Tapah dalam program ini diharap dapat memberi pendedahan untuk sentiasa membantu dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, ibu tunggal Milah Ahmad, 53, menyatakan kesyukuran atas bantuan yang diberikan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana menganjurkan program sebegini seterusnya membantu golongan memerlukan,” ujarnya.
-ZS-