
Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
KAMPUNG GAJAH, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Kaunter Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan khususnya masyarakat setempat.
Inspektor Mohd Razif Haron dari Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah menjelaskan ramai pengunjung yang hadir telah melunaskan saman terpilih melibatkan kesalahan trafik seluruh negara.
“Bayaran saman dibuat terus di kaunter saman trafik yang dibuka bermula pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang telah mendapat sambutan,” tambahnya ketika ditemui semalam.
Kakitangan Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah Jamaludin Mohamed Ghezalli berkata kehadirannya ke JAKM Perak adalah untuk menyelesaikan saman yang ada.
Kaunter tersebut dibuka selama tiga hari berakhir semalam sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, di sini.
-ZS-