Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JPS Sasar Tanam 4000 Pokok di Seluruh Johor

By 18 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib

MUAR, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor mensasarkan penanaman 4000 batang anak pokok di sekitar 38 buah kolam takungan banjir di seluruh negeri Johor termasuk 100 batang pokok ditanam di kolam takungan Taman Seri Unas, di sini.

“Daerah Muar terpilih selaras dengan pengiktirafan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih di peringkat kebangsaan dan Asia.

“Penganjuran Program Penanaman Pokok Bagi Aktiviti Rendah Karbon Di Kolam Takungan Banjir Negeri Johor adalah bagi meningkatkan kawasan hijau dan menggalakkan aktiviti penanaman pokok.

“Ianya selari dengan Program Penghijauan Malaysia selain sebagai usaha untuk memulihara alam semulajadi serta perlindungan daripada risiko banjir di kawasan pesisir pantai,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor Raven Kumar Krishnasamy, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Kanan Operasi Micron Semicoductor Malaysia Kim Chuan Lee.

-ZS-

Tinggalkan komen anda