Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kebun Tembikai – Tarikan Baharu di Putrajaya

By 2 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azuraini Abd Majid/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Pertanian bandar semakin popular dalam kalangan penduduk sekitar Putrajaya sekarang.

Jadi tidak hairan tanah yang asalnya penuh dengan longgokan sisa bahan binaan dan semak samun bertukar menjadi sebuah kebun tembikai.

Kebun tembikai ini terbentuk hasil inisiatif ahli komuniti dalam KRT P11K di Presint 11, Putrajaya.

“Kami mula berkebun kecil-kecilan kemudian mendapat bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak sehingga hasil tanaman di sini bukan sahaja dapat dikongsi bersama penduduk setempat P11K malahan juga turut dijual di sekitar presint ini,” ujar Pengerusi Kebun Komuniti P11K, Mohd Hasrul Abd Hamid, ketika ditemui di sini.

Usaha murni ini turut mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Pertanian dan juga Perbadanan Putrajaya.

Kebun ini telah membuahkan hasil selepas hampir dua tahun diusahakan. Antara hasil yang mendapat sambutan adalah tembikai merah ‘gadis manis’, tembikai kuning dan tembikai ‘seedless’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda