Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
KAMPUNG GAJAH, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) kali ini menemui warga Perak di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak di sini.
Siri jelajah ini akan berkampung selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Ketua urusetia pendaftaran, Fairuz Selamat berkata pengunjung yang hadir berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti motosikal, skuter elektrik, telefon pintar, mesin basuh dan ketuhar.
“Menariknya, pengunjung paling bertuah bakal membawa pulang sebuah kenderaan lasak pelbagai permukaan (ATV).
“Justeru, kami menyeru pengunjung khususnya warga Perak untuk hadir beramai-ramai dan membuat pendaftaran kehadiran bagi melayakkan diri menyertai cabutan bertuah ini,” katanya ketika ditemu bual, pagi semalam.
-ZS-