
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)
TAIPING, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Kempen tanda pagar #TaipingKita diwujudkan bagi menimbulkan rasa ingin memiliki terhadap bandar Taiping.
āKita mahukan satu gambaran yang baik seperti āTaiping Maju’, āTaiping Harmoni’ dan āTaiping Hijau’ yang membuatkan bukan sahaja penduduk tetapi mereka yang pernah berkhidmat atau bermastautin di Taiping sentiasa mengingati dan ingin kembali ke sini.
āRasa ingin memiliki dalam konteks ini perlu ada dalam setiap diri masyarakat Taiping khususnya para belia agar kita sentiasa bekerjasama menjaga keselamatan, ketenteraman, keindahan dan warisan bandar ini,ā kata Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid semasa SesiĀ Dialog Awam Bersama Belia sempena Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Taiping di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, di sini pada Sabtu.
Seramai 310 pelajar Tingkatan Enam sekitar Taiping menyertai karnival ini.
-ZS-