Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

KPDNHEP Melaka Terus Pantau Harga Ayam, Telur dan Minyak Masak

By 7 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify Mohamad Zamri (Jasin)

JASIN, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka telah mengadakan pemeriksaan di Pasar Awam Jasin dan kawasan sekitar bagi memantau harga ayam, telur dan minyak masak botol.

Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna  Negeri Melaka Ngwe Hee Sem yang turut bersama dalam pemeriksaan itu berkata bermula Januari 2022, KPDNHEP Melaka telah merekodkan aduan yang didaftarkan melalui pelbagai medium yang disediakan oleh kementerian tersebut.

“Sebanyak 22,174 buah premis perniagaan telah diperiksa di seluruh Negeri Melaka,” ujarnya dalam tinjauan di pasar awam Jasin.

Beliau juga memberi peringatan keras kepada semua peniaga agar tidak menyorok barang kawalan bagi manipulasi pasaran melalui permainan harga dan kestabilan barang kawalan di pasaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda