Laporan/foto: Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)
PASIR PUTEH, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Pasir Puteh dilaksanakan hari ini dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti berjalan kaki 10,000 langkah, pameran kesihatan dan derma darah.
“ANMS menggunakan pendekatan ‘Whole of Nation’ iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan swasta serta rakyat,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh semasa meyampaikan ucapan perasmian, di sini hari ini.
“Sikap dan moral dalam diri setiap rakyat perlu diberikan perhatian. Bermula dengan kebersihan diri dan persekitaran.
“ANMS adalah tawaran baharu kerajaan yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020. ANMS bertujuan mengajak rakyat untuk membudayaan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat,” tambahnya lagi.
Turut hadir Ketua Jajahan Pasir Puteh Tuan Haji Ahmad Adlee Yaasin, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.
-ZS-