Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Labuan Society Suburkan Semangat Keluarga Malaysia

By 24 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Labuan Society perlu dijadikan platform untuk menyatupadukan rakyat dan komuniti Labuan di bawah naungan gagasan Keluarga Malaysia.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias semua pihak perlu mengenepikan perbezaan fahaman politik, budaya bangsa dan agama untuk mencapai kestabilan, memulihkan semula dan merapatkan jurang ekonomi.

“Saya menyokong penuh segala aktiviti yang dirancang dan yang dilaksanakan oleh Labuan Society selaras dengan visi Keluarga Malaysia untuk memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang kalis cabaran masa hadapan yang berlandaskan ‘Keberhasilan Kebahagiaan’.

“Selain itu, saya berharap Labuan Society dapat memenuhi objektif utamanya untuk menjadi suara komuniti Labuan dalam memperjuangkan isu-isu semasa,” katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra Labuan Society 2022, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda