
Laporan/foto: Mohamad Azree/Emran Ismail (Pahang)
RAUB, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Pembinaan loji pra rawatan air mentah Fasa 1 di LRA Sungai Bilut bakal memberikan kelegaan kepada penduduk setempat khususnya di kawasan bandar Raub hingga ke Sega apabila projek ini siap sepenuhnya pada April 2023 nanti.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man masalah air di daerah ini akan dapat diatasi apabila loji tersebut siap dibina.
“Pihak kementerian akan memastikan loji pra rawatan air diurus dengan cara yang betul supaya tiada pencemaran berlaku,” katanya di sini semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram, Ahli Dewan Undangan Negeri Dong Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin dan Pegawai Daerah Raub Dato’ Mohammad Shahid Ismail.
-ZS-