Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ibu Bapa perlu Peka, Amalkan Kebersihan untuk Cegah HFMD

By 8 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Tumpat)

TUMPAT, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Ibu bapa harus peka dengan perubahan fizikal anak-anak terutama yang berumur satu hingga empat tahun kerana mereka berisiko mendapat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang sedang menular sekarang.

“Antara simptom jangkitan HFMD yang boleh dikenalpasti ialah gejala lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut,” kata Pegawai Perubatan Penyelaras Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja, Dr. Mohd Azrul Hafizul Mustafa dalam taklimat sempena program Taklimat Isu-isu Semasa di Pejabat Penerangan Daerah Tumpat, di sini baru-baru ini.

“Sekiranya disahkan dijangkiti, tindakan pengasingan dan pemantauan perlu dibuat bagi mengelakkan penularan jangkitan HFMD walaupun kes di Tumpat masih rendah iaitu 28 kes berbanding daerah lain,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Khas Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Ustaz Hushaimi Hussian, Pegawai Penerangan Daerah Tumpat Wan Mohd Zuki Wan Ismail dan pemimpin-pemimpin komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda