
Laporan/foto: Wan Abdul Halim Yaakob/Zaid Ahmad Zubid
SIMPANG EMPAT, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat dan pengguna di sini perlu lebih prihatin dan cakna supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika bekalan minyak masak paket polybag satu kilogram bersubsidi terputus.
Menurut Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Batas Lintang Jamel Ahmad peniaga perlu menggunakan saluran rasmi dalam membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya pihak kerajaan melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dapat menangani masalah di akar umbi.
Beliau bersama pasukan Info on Wheels Arau di sini hari ini turut melakukan tinjauan di beberapa buah kedai dan mendapati kebanyakkan bekalan barang kawalan seperti telur ayam dan ayam segar adalah mencukupi dan dijual pada harga yang ditetapkan.
-ZS-