Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Mata Pelajaran Sejarah Teguhkan Jiwa Anak Muda

By 25 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Mata pelajaran sejarah yang menceritakan perjuangan orang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan tanah air perlu difahami dan ditekuni bagi melahirkan generasi muda yang memiliki jiwa yang teguh.

Menurut Tokoh Kepimpinan Pendidikan Perlis 2022 Azhar Shafie, 59, masyarakat khasnya orang muda perlu menghayati dan menghargai perjuangan orang terdahulu yang berjuang memerdekakan tanah air melalui sejarah.

“Seiring dengan perkembangan teknologi semasa filem seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah sebuah contoh karya sejarah yang berjaya diadaptasi dalam bentuk karya kreatif serta dapat membangkitkan semangat dan jati diri sebagai sebuah bangsa merdeka,” katanya.

Beliau ditemui semasa rakaman video di kediamannya di sini baru-baru ini sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis yang akan diadakan di Denai Larian, Pengkalan Asam, di sini pada 30 Julai ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda