Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Media Labuan Belajar Penyelamatan Di Air

By 23 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 30 peserta terdiri daripada media tempatan mengikuti program Sinergi LABUANfm ‘Penyelamatan Di Air’ anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Pulau Rusukan Besar, di sini hari ini.

Menurut Pengarah Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd pelbagai teknik pertolongan cemas dipelajari dalam bertindak menyelamat secara efektif dan efisien dalam apa jua keadaan.

“Media ini sering bertugas membuat liputan tidak kira lokasi termasuklah di kawasan perairan, justeru adalah wajar mereka diberi pendedahan kepada teknik menyelamat di air ini.

“Antara pengisian modul latihan adalah memberi pendedahan kemahiran asas penyelamatan diri di air serta langkah-langkah keselamatan dan cara menyelamatkan supaya boleh dipratikkan ketika menghadapi situasi yang tidak diingini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya program tanggungjawab sosial LABUANfm itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jabatan Laut Labuan dan Jabatan Perikanan Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda