Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)
BUKIT RAMBAI, 23 Jul (Malaysiaaktif) β Negeri Melaka menjadi pilihan syarikat pembuatan sensor terkemuka dunia Leuze Eletronics Group yang berpengkalan di Jerman untuk mengembangkan lagi kilang operasi mereka selepas negara China dan Singapura.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata dengan pembukaan Kilang Leuze Eletronics Malaysia Sdn Bhd pada hari ini akan menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
βKita difahamkan bahawa kilang ini masih lagi di fasa pertama pembinaan dan pihak syarikat akan mengembangkan sekali ganda nilai pelaburan pada fasa kedua iaitu berjumlah RM200 juta pada masa akan datang dengan menjadikan tertib pengeluaran (production line) daripada lapan kepada 16.
βDifahamkan kilang Leuze ini telah mula beroperasi bermula pada tahun 1961 dengan pembuatan tekstil sahaja dan mula terlibat dalam pembuatan alat sensor berikutan sensor mesin tekstil tersebut telah rosak namun sukar untuk membetulkan alatan itu dan dari kejadian itu pengasas telah menukar penghasilan produk tekstil kepada menjual alatan sensor,β ujarnya di sini hari ini.
-ZS-