
Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)
ALOR GAJAH, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Sathya Sai Baba Centre Melaka dengan kerjasama Japerun Machap Jaya telah menganjurkan program ‘Medical Camp’ Kempen Pemeriksaan Kesihatan bertujuan memudahkan masyarakat luar bandar untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan secara percuma.
Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia Dan Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem, kesihatan amat penting dan menyarankan kepada setiap individu untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun.
“Saya juga tidak melepaskan peluang menjalankan pemeriksaan kesihatan saya. Saya berharap anda semua juga tidak melepaskan peluang berbuat demikian,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tebong Rosli Md. Isa, 49, pula berkata kempen sebegini seharusnya diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai penduduk setempat terutama yang tinggal di pinggir bandar mendapat manfaat.
-ZS-