Laporan/foto: Muhammad Zayed Barak/Salawati Mat Shariff
BALIK PULAU, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Selama 20 tahun berpengalaman berniaga di sebuah kedai foto, kini seorang anak jati Sungai Rusa beralih menjadi tukang kunci.
Menurut Haji Azlan Yahaya, 60, ada cerita di sebalik hasratnya setelah menyedari tentang potensi sebagai seorang tukang kunci.
“Semua ini bermula apabila ramai orang yang datang ke kompleks itu bertanya kepadanya untuk membuat kunci pendua namun tukang kunci asal telah berpindah ke tempat lain.
“Bermodalkan RM3500 saya membeli sebuah mesin membuat kunci dan mempelajari teknik-teknik pembuatan kunci daripada seorang kenalannya. Saya juga mendapat bantuan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi menyuntik modal perniagaan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Balik Pulau, di sini baru-baru ini.
Harga sebuah kunci yang dijual bermula dari RM3 ke RM15 bergantung kepada saiz dan jenis yang diinginkan pelanggan.
-ZS-