
Laporan/foto: Yusoff Irman/Ainil Hayati
TEMERLOH, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Program ‘Moh Masuk U’ anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Negeri Dun Kerdau dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh boleh mencetuskan minat anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Pahang Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika ditemui di sini baru-baru ini berkata program tersebut banyak memberi pendedahan kepada pelajar dan mendorong minat mereka untuk menyambung pelajaran.
Seramai 200 pelajar sekolah menengah di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau menghadiri program berkenaan.
Syed Ibrahim turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM66,000 daripada Kerajaan Negeri Pahang kepada enam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kelab Kebajikan PPD Temerloh, Persatuan Ibu Tunggal dan beberapa pertubuhan lain.
-ZS-