Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Leazmi Leman (Port Dickson)
PORT DICKSON, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Penampilan lengkap seperti tentera komando yang penuh bergaya, Diveenesh Raas Jagathesan, 9, benar-benar mencuri perhatian ramai apabila aksinya muncul di khalayak.
Anak kelahiran Negeri Sembilan ini mula berminat untuk tampil dengan imej tentera atau polis sejak berusia tiga tahun lagi.
Namun minatnya bertambah serius ketika berusia empat tahun.
“Ayah sering berpesan jangan persoalkan tentang apa yang negara buat untuk kita tetapi kita perlu fikir apa yang kita boleh buat untuk negara.
“Dia banyak memberi pengetahuan mengenai tentera dan polis. Ibu pula selalu menyokong untuk saya berpakaian seperti yang saya mahukan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Apabila ditanya antara tentera dan polis yang mana paling beliau minati, jawabnya tidak kisah tentera atau polis yang penting sebagai anak Malaysia, beliau sedia berkhidmat untuk negara.
-ZS-