
Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Hazlinah Samsir (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Nanas madu semestinya menjadi pilihan penggemar ‘ratu buah’ yang kaya dengan kandungan vitamin, karbohidrat, potassium, sodium dan enzim bromelin itu.
Pemilik gerai buah, Linda Chin, 61, berkata nanas madu sering menjadi pilihan kerana rasanya yang manis meski bersaiz agak kecil berbanding nanas biasa.
“Bekalan nanas madu kami dapat daripada petani di Kiulu, Tuaran dan sekitar Kota Belud. Bukan saja penduduk tempatan, kami juga menerima permintaan daripada Brunei sehingga 500 kilogram seminggu bagi membekalkan buah ini.
“Kadang kala bekalan tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi,” kongsinya ketika ditemui media di gerainya, pada Isnin.
Gerai buah Linda yang terletak di Pasar Sembulan merupakan perniagaan warisan daripada keluarganya dan kini turut dibantu oleh anak pertamanya, Jason Chin, 30.
-ZS-