Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pemangku Raja Johor Berkenan Kurnia Daging Korban kepada Golongan Asnaf Kulai

By 13 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim

KULAI, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Johor Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berkenan mengurniakan daging korban untuk diagihkan kepada golongan asnaf bagi Daerah Kulai, di sini.

Pegawai Daerah Kulai Zainor Adani berkata kurniaan daripada Pemangku Raja Johor tersebut bertujuan membantu dan menyantuni golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan umat Islam.

“Kurniaan daging korban ini menjadi acara tahunan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban golongan asnaf untuk merasai nikmat Aidiladha bersama,” katanya semasa majlis simbolik penyerahan kurniaan daging di kediaman rasminya, di sini semalam.

Kurniaan daging korban tersebut kemudiannya diserahkan kepada Ketua-Ketua Kampung untuk diagihkan kepada golongan asnaf di kampung-kampung daerah Kulai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda