Laporan/foto: Suhaidiah Sulim (PKPM JaPENNS)
KUALA PILAH, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Qurban Perdana anjuran Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Payakumbuh 50 Kota Malaysia (PALIKO Malaysia) telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di No.5 Jalan Keretapi Lama, Juasseh, di sini semalam.
Menurut Presiden PALIKO Malaysia Encik Syahrial Tarmizi sebanyak tujuh ekor lembu dikorbankan dengan kerjasama penduduk tempatan khususnya dari Kampung Payakumbuh Juasseh dan Kampung Aceh Juasseh.
“Program ini sangat mendapat sambutan dan permintaan daripada ahli-ahli yang ingin turut menjayakannya namun terpaksa dihadkan kepada tujuh ekor lembu sahaja.
“Semua jemputan dan hadirin yang hadir turut disajikan dengan menu-menu masakan minang yang disediakan secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Aktiviti Qurban Perdana kali ini adalah yang ketiga diadakan oleh persatuan PALIKO dan akan diteruskan setiap tahun,” ujarnya ketika ditemui, di sini semalam.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Tuan Haji Shahnon Mohamad.
-ZS-