
Laporan/foto: Nur Shahrina Binti Amran (Tangkak)
TANGKAK, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 200 orang sukarelawan yang berdaftar dalam daerah Tangkak hadir di Majlis Meraikan Southern Volunteer (SV) Daerah Tangkak, di sini semalam.
Pengerusi JawatanKuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor Puan Hajah Khairin Nisa Ismail berkata aktiviti kesukarelawan ini merupakan salah satu Aspirasi Keluarga Malaysia menyumbang tenaga dalam aktiviti masyarakat.
“Ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama SV dan komuniti, membentuk akhlak yang mulia serta menyemaikan sikap ingin menabur bakti,” katanya.
Majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan kepada petugas-petugas sukarelawan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan objektif setiap aktiviti dapat dicapai dan dilaksanakan dengan jaya.
-ZS-