Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pecutan Terakhir Promosi Kuiz ASEAN di SMK Tengku Besar Burhanuddin

By 1 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Promosi Bergerak Pertandingan Kuiz ASEAN  Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang diadakan secara dalam talian bermula pada  1 hingga 30 Jun 2022 berakhir di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB), Seri Menanti, di sini semalam.

Menurut Pengarah Bahagian Perhubungan Antarabangsa JaPen Shahniza Azren Mohamad Shah, sambutan yang diberikan oleh pelajar sekolah SMKTBB amat menggalakkan.

“Objektif utama pertandingan adalah untuk memupuk amalan membaca, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman rakyat Malaysia berkaitan pertubuhan serantau ASEAN terutama sekali dalam kalangan generasi muda.

“Selain itu, penganjuran pertandingan ini juga adalah bagi mendapatkan tiga peserta terbaik berumur 15 hingga 17 tahun bagi mewakili Malaysia ke Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau ASEAN yang akan diadakan oleh negara Myanmar, pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh sekretariat pertandingan tersebut kelak,’’ ujarnya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda