
Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
KAMPUNG GAJAH, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Peminat permainan tradisional berpeluang mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak ketika berkunjung ke khemah Sukan Rakyat sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Perak, di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, di sini.
Penyelaras program Khairul Nizawati Amat Mustajab berkata terdapat lapan jenis permainan tradisional yang disediakan termasuk congkak, dam haji, batu seremban, tarik upih dan tengteng.
“Selain menggamit kenangan golongan dewasa, kami mengambil peluang keemasan begini untuk memberi pendedahan kepada generasi muda berkaitan tentang keunikan dan keseronokan bermain permainan tradisional,” ujarnya, di sini hari ini.
Turut diadakan permainan moden seperti ‘golf putting’ dan ‘netball shootout’.
-ZS-