Laporan/foto: Hasnol Hadi Hashim/Mohd Rizal Abd Rahman (Kulim)
PADANG SERAI, 2 Jun (Malaysiaaktif) – ‘Comunication for Behavioural Impact’ atau lebih dikenali sebagai COMBI telah dilancarkan di KRT Taman Ria, Padang Serai, di sini hari ini.
“COMBI merupakan satu pendekatan menyeluruh lagi fleksibel untuk merancang, melaksanakan dan memantau tindakan-tindakan mobilisasi sosial dan komunikasi yang boleh diubahsuai dan diuji mengikut objektif-objektif tingkah laku yang terpilih,” ujar Pengerusi JawatanKuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah Dato’ Mohd Hayati Othman.
Beliau telah merasmikan Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Negeri Kedah dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat, di sini.
COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai strategi menangani masalah denggi di Malaysia.
-ZS-