Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pesta Menangkap Ikan Air Tawar Meriah

By 3 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akma Laily Hamdan/Erzufariza Zulkifly (Maran)

MARAN, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Pesta Menangkap Ikan Air Tawar yang berlangsung di Estet Ikan Paya Wau, di sini semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Pesta yang bermula seawal 8.00 pagi itu menawarkan hadiah utama sebuah motosikal bagi pemenang yang berjaya menangkap ikan terberat dengan menggunakan jala.

Estet Ikan Paya Wau merupakan salah satu daripada tujuh estet ikan di negeri Pahang berkeluasan 40 hektar diuruskan oleh myKomuniti Perikanan (myKP) Kuala Wau yang melibatkan 40 peserta di bawah kelolalan Jabatan Perikanan Malaysia.

Untuk rekod, Jabatan Perikanan telah melepaskan sebanyak 326,500 ekor benih ikan spesies lampam sungai, kerai, jelawat, terbul, puyu dan temelian dari tahun 2019 hingga 2020 untuk memastikan estet ini mempunyai kepelbagaian spesies khususnya ikan air tawar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda