Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rondaan Bersepadu KBT Usaha Banteras Penagihan Dadah – AADK

By 3 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 3 Jul (Malaysiaaktif) – Rondaan bersepadu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama agensi berkaitan di kawasan berisiko tinggi (KBT) mampu mengurangkan aktiviti penagihan dadah.

Pengarah AADK Selangor Nazir Mohamad berkata gerakan tersebut juga adalah usaha pihaknya memperkasakan komuniti agar masyarakat bersama menangani masalah penagihan dadah di kawasan mereka.

“Rondaan seumpama itu sebagai intervensi supaya mengelakkan masyarakat terlibat gejala-gejala tidak sihat khasnya dadah,” katanya.

Menurutnya AADK mengenal pasti 13 kawasan berisiko tinggi (KBT) di Selangor sementara seramai 5,000 penagih merupakan orang kena pengawasan (OKP) kendalian pihaknya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Rondaan Bersepadu KBT bersama Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz di Kampung Nakhoda, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda