Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PM Lancar i-MILIKI, Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama Keluarga Malaysia

By 16 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  mengumumkan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama menerusi inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia atau i-MILIKI.

Ismail berkata i-MILIKI merupakan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah.

“Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem sebanyak 100 peratus manakala sebanyak 50 peratus bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

“Kedua-dua pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pemilikan
Kediaman (HOPE) dan Karnival Jom Beli
Rumah 2022 di Pusat
Pameran Mid Valley Megamall (MVEC), di sini semalam.

Inisiatif i-MILIKI ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan dalam membantu golongan sasaran, iaitu B40, M40 dan anak-anak muda dalam memiliki kediaman selaras dengan gagasan Satu Keluarga, Satu Rumah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda