Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

HOPE – Harapan Baru Untuk Miliki Rumah

By 16 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah menyempurnakan majlis pelancaran HOPE dan Karnival Jom Beli Rumah 2022 di Pusat Pameran Mid Valley Megamall (MVEC), di sini.

Program Pemilikan Kediaman yang lebih dikenali sebagai Home Ownership Programme (HOPE) merupakan inisiatif Kerajaan dalam memudah cara soal pemilikan kediaman mampu milik.

Menurut Ismail Sabri Kerajaan dapat memastikan lebih banyak rumah mampu milik dapat dibina melalui inisiatif HOPE khususnya bagi golongan sasaran iaitu B40, M40 serta golongan belia.

“Platform HOPE bukan sahaja mempromosikan perumahan malah ia juga bertujuan melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.

“KPKT juga bakal membangunkan pemetaan Indeks Harga Rumah Mampu Milik yang akan menjadi sumber rujukan Keluarga Malaysia mengenai harga rumah di seluruh negara,” kata Ismail Sabri ketika berucap merasmikan program sebentar tadi.

Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) dan Media Prima Omnia Bhd (Omnia) ini menghimpunkan sebanyak 40 pempamer terdiri pemaju perumahan, institusi kewangan yang menawarkan pembiayaan dan juga agensi-agensi perumahan di bawah Kerajaan Persekutuan dan Lembaga Perumahan Negeri.

Karnival akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad, 17 Julai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda