Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Raja Muda Kedah Sempurnakan Penyerahan Daging Korban kepada 40 Asnaf

By 12 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN , 12 Jul (Malaysiaaktif) – Raja Muda Kedah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin telah berkenan berangkat ke Masjid Hj. Nyak Gam, Kg Ruat di sini semalam bagi menyampaikan sumbangan daging korban kepada 40 orang asnaf.

Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) Sohibul Fadilah Dato’ Wira Syeikh Yahya Haji Jusoh berkata ibadah korban merupakan acara tahunan MAIK mengikut giliran daerah dan pada tahun ini daerah Yan telah terpilih bagi menunaikan ibadah ini.

“Ibadah ini adalah bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan daging segar terutamanya dalam situasi kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini.

“Sumbangan daging ini juga dapat menggalakkan orang ramai untuk bersedekah dan memberi bantuan,” ujarnya lagi semasa menyampaikan ucapan.

MAIK turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada pihak masjid yang diwakili oleh Imam Masjid Haji Nyak Gam Ustaz Mohd Rosli Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda