Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Korban Mega Kenduri Sekampung

By 12 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)

SUNGAI RAMBAI, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena Program Korban Mega dan Kenduri Sekampung Peringkat Parlimen Jasin di perkarangan Masjid Al Hasanah Sungai Rambai, di sini baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 merangkap Ahli Parlimen Jasin Ahmad Hamzah, berkata program korban ini amat dituntut dalam agama sebagai ibadah kepada umat Islam.

“Kerjasama seluruh masyarakat dalam aktiviti gotong-royong pagi ini juga amat membanggakan. Tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis di atas kejayaannya mengadakan program sedemikian buat julung kalinya dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Gotong-royong memasak bermula awal pagi dengan penglibatan masyarakat setempat manakala agihan korban diberi kepada golongan asnaf dan penduduk di kawasan sekitar Sungai Rambai.

Turut diadakan Majlis Tahlil dan penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali kepada masjid dan surau serta pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia kawasan Sungai Rambai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda