Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Ride & Camp’ di Sabah Beri Pengalaman Luar Biasa

By 12 Julai 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Konsep ‘Ride & Camp’ iaitu menunggang motorsikal untuk pergi berkhemah memberikan suatu pengalaman berbeza kepada golongan yang meminati aktiviti rekreasi ini.

Menurut salah seorang peminat aktiviti itu, Glen Roland, 41, menggunakan motorsikal apabila pergi berkhemah sangat sesuai dengan jiwanya yang suka mengembara, mahu rasa bebas dan keluar dari zon selesa.

“Lebih-lebih lagi, pengalaman berkhemah di Sabah menjanjikan suatu kelainan kerana keindahan alam semula jadi yang luar biasa seperti pemandangan gunung, hutan sehinggalah ke pulau yang ada di negeri ini.

“Lokasi perkhemahan terjauh yang pernah saya pergi adalah di Bandar Cenderawasih, Lahad Datu, manakala pengalaman berkhemah yang paling mencabar adalah ke daerah Pensiangan apabila perjalanan menunggang motorsikal memakan masa 13 jam dan perlu melalui jalan hutan.

“Lebih sukar lagi apabila kami tersalah simpang sehinggakan minuman dan makanan kami hampir habis sebelum sampai ke lokasi, akhirnya kami berkhemah di dalam dewan Kampung Pensiangan,” katanya ketika ditanya mengenai pengalaman perkhemahan yang tidak dapat dilupakan.

Tambahnya, pengalaman ‘Ride & Camp’ tersebut turut dikongsi menerusi page Facebook ‘Kaki Camping Borneo’ agar dapat memberi inspirasi, idea dan info yang berguna kepada para peminat aktiviti perkhemahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda