![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2022/07/86aec0fe-161b-4ced-ba1a-6c39f057c9ce.jpg)
Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Noor Haswan Noor Azman
KOTA BHARU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan semakin dirasakan apabila setiap barisan jalan dan premis bangunan di sini dihias indah dengan kibaran Jalur Gemilang.
“Kanak-kanak turut teruja apabila mereka dapat mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan,” kata Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Rosnazli Amin ketika menyampaikan ucapan perasmian Semarak Gemilang di perkarangan Masjid Al-Baro’ah, Pasar Besar Siti Khadijah, di sini hari ini.
“Kejayaan sesebuah negara itu bergantung pada kesepakatan dan perpaduan sesebuah negara.
“Pengisian kemerdekaan ini haruslah berlandaskan Rukun Negara,” tambahnya lagi.
Turut hadir wakil Pengarah Penerangan Negeri Kelantan Hasim Mohamed serta Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Siti Khadijah Ahmad Nazri Che Omar.
-ZS-