Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Semarak Gemilang Perkukuh Semangat Cintakan Negara

By 14 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Noor Haswan Noor Azman

KOTA BHARU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan semakin dirasakan apabila setiap barisan jalan dan premis bangunan di sini dihias indah dengan kibaran Jalur Gemilang.

“Kanak-kanak turut teruja  apabila mereka dapat  mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan,” kata Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Rosnazli Amin  ketika menyampaikan ucapan perasmian Semarak Gemilang di perkarangan Masjid Al-Baro’ah, Pasar Besar Siti Khadijah, di sini hari ini.

“Kejayaan sesebuah negara itu bergantung pada kesepakatan dan perpaduan sesebuah negara.

“Pengisian kemerdekaan ini haruslah berlandaskan Rukun Negara,” tambahnya lagi.

Turut hadir wakil Pengarah Penerangan Negeri Kelantan Hasim Mohamed serta Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Siti Khadijah Ahmad Nazri Che Omar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda