Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Silat Medium Keharmonian Bangsa, Budaya

By 17 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Hazlinah Samsir

TUARAN, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Seni mempertahankan diri silat menjadi medium keharmonian bangsa dan budaya di negara kita yang hidup dalam kepelbagaian kaum.

Timbalan Pengerusi Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tuaran Razaineh Anedin berkata ramai golongan belia kini berminat dan menceburi bidang persilatan bukan sahaja mereka yang berbangsa Melayu tetapi dari latar suku kaum yang pelbagai.

“Ketika ini seni silat menyatukan semua kaum termasuklah Bajau, Kadazan Dusun, Bugis dan sebagainya dan bersatu dalam seni silat,” ujarnya semasa ditemui media selepas pertandingan silat di Padang Pekan Tuaran, pada Sabtu.

Pertandingan itu dianjurkan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2022 yang disertai oleh 16 peserta lelaki dan tujuh peserta perempuan dalam persembahan seni solo kreatif.

Menurut Razaineh acara seumpamanya membantu mempromosikan seni silat seterusnya menarik minat orang ramai terutamanya belia untuk menceburi seni mempertahankan diri itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda