Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

SRS Kawasan Rukun Tetangga Elemen Menyatukan Komuniti Pencegahan Jenayah

By 17 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

MELAKA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Polis dan masyarakat berpisah tiada, itulah komitmen dan sokongan padu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka untuk bersama masyarakat dalam pelaksanaan setiap insiatif bagi memastikan kelestarian keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat dan negara.

Ketua Polis Negeri Melaka Zainol  Samahberkata demikian di program Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetanga (KRT) Taman Bukit Rambai, di sini semalam.

“Bagi membendung jenayah di kawasan kejiranan, PDRM sentiasa berusaha mempertingkatkan penguatkuasan serta tindakan pencegahan jenayah namun
pelaksanaan dan tindakan pihak penguatkuasa sahaja tidak cukup untuk menghalang kes jenayah di taman perumahan.

“Dengan komitmen dan penglibatan bersepadu masyarakat dalam komuniti SRS ini sudah pasti mampu membantu memainkan peranan dalam usaha mencegah jenayah di kawasan perumahan,” katanya.

Program yang berlangsung semalam telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Norison Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda