Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tahap Pengetahuan Masyarakat Terhadap Jenayah Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Masih Rendah

By 8 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Pemahaman masyarakat terhadap isu jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran masih rendah dan kebenyakkan mereka tidak memahaminya dengan jelas.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu Saharuddin Mohamed ketika menyampaikan ceramah di program Info On Wheels Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran di Pasar Malam Padang Astaka, Chukai di sini semalam berkata jenayah yang serius ini mampu menjejaskan imej negara terutama dari aspek keselamatan negara.

Menurut seorang penduduk Rosnah Mohammed, 55, dari Flat Fikri di sini, masyarakat memang kurang diberi pendedahan tentang isu tersebut dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Terima kasih juga kepada Pejabat Penerangan Daerah Kemaman kerana memberi penjelasan tentang isu ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda