
Laporan/foto: Muhammad Naim/Khairulnizam
JEMPOL, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Penyebaran maklumat kerajaan bukan hanya terhad kepada penyampaian dalam majlis formal sahaja namun boleh dibuat dengan pelbagai cara.
Pejabat Penerangan Daerah Jempol telah merangka Program info on wheels dengan menaiki kereta api ke Kuala Lipis pada pagi kelmarin.
Pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya penyampaian taklimat oleh pegawai Penerangan Daerah, IPD Jempol, AADK dan Pejabat Belia Sukan di sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang empat jam sehala.
“Kita mengambil inisiatif untuk memberikan segala maklumat kerajaan dalam bentuk tidak formal dan akan diingati oleh semua orang. Justeru, selain dari dapat maklumat mereka juga berpeluang untuk pergi ke tempat orang,” kata Pegawai Penerangan Daerah, Noorezrin Mahmod.
-ZS-