Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

20 Ribu Benih Ikan Lampan Sungai Dilepas di Sungai Kampung Lubuk Besar

By 8 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Hanan Abd Ghani (Sik)

SIK, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Perikanan Kedah melepaskan 20 ribu benih Ikan Lampam sungai ke dalam Sungai Lubuk Besar, di sini semalam.

Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, benih ikan tersebut dilepaskan bagi meningkatkan jumlah ikan air tawar yang terdapat di dalam sungai tersebut.

Tambahnya lagi usaha ini juga bertujuan bagi melestarikan alam sekitar serta pemuliharaan sumber perikanan darat dapat dicapai di samping meningkatkan sumber pendapatan nelayan darat.

“Program pelepasan benih ikan ini diharap dapat memberi kesedaran pada orang awam terhadap kepentingan memulihara ekosistem perikanan darat untuk generasi akan datang.

“Pertambahan stok ikan juga antara usaha bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan.

“Adalah penting untuk kita mengambil langkah yang konsisten secara serius dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan darat kerana secara tidak langsung ia dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan,” jelasnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda