Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

200 Sertai Berjalan Teguh Bersama di Maran

By 27 Ogos 2022Ogos 29th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa

MARAN, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan Komuniti Keluarga Malaysia di daerah ini menyertai Berjalan Teguh Bersama 10,000 Langkah, di sini hari ini.

“Sejajar dengan sambutan Bulan Kebangsaan, kita ingin menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan jati diri di kalangan masyarakat khususnya di Maran,” kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Abd. Muttalib

Program yang dianjurkan sempena Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Maran dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Maran ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan mewarna, pertandingan Busana Merdeka, pelbagai pameran daripada agensi kerajaan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda