Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

31 Peratus Peniaga Jual Minyak Masak Botol Bawah Harga Ditetapkan – KPDNHEP

By 12 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati 31 peratus peniaga menjual minyak masak di bawah harga ditetapkan kerajaan sehingga semalam.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata keadaan tersebut berbeza pada 8 Ogos iaitu hanya 17 peratus sahaja menjual di bawah harga ditetapkan.

“Ia merupakan satu langkah yang baik yang dilaksanakan oleh peniaga sementara 68 peratus lagi mengikut harga yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Menurutnya, penetapan harga minyak masak botol berdasarkan ‘Siling Bergerak’ iaitu harga kawalan berasaskan nilai ambang minyak sawit mentah (CPO).

“Sekiranya purata harga CPO dunia turun, pada bulan hadapan kita akan menikmati harga penurunan dan begitu juga sebaliknya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa membuat tinjauan menerusi Operasi Ayam Telur dan Minyak (Ops ATM) di sebuah pasaraya di Taman Seri Gombak hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda